Pengorbanan katanya? October 15, 2009
Posted by lanamaya in Hari.add a comment
Hari ini ,6.18 p.m tadi :
SMS X : “Sy g hantar susu, milo, roti, syampoo budk2 6.30 pth ni.tq”
Nota : Sila lihat timing dia. Bayangkan pada masa itu aku sedang dalam perjalanan balik ke rumah yg jarang sekali bole balik sebelum pukul tujuh dan bermain2 dengan anak2 di padang hadapan rumah yg memang aku amat nantika kesempatan yg teramat jarang2 itu. Apa perasaan ku bila sampai aje tiba2 ada X dan yg seorang lagi tu kat depan rumah ? Amat tak convenient! Dah berapa kali aku tegur, nak buat apa2 plan dulu, prompt aku lebih awal dulu, jangan tiba2 muncul depam rumah aku.
Jajan sahaja? Uwang pun perlu! bak kata seseorang, buat apa diharapkan kalau dari dulu memang tidak pernah diberi nafkah, memang aku yang menanggung segala selama lapan tahun!
Sabar? Kerana sabarlah aku menzalimi diri sendiri daripada mendapat hak ku, sehinggalah dinasihati oleh ustaz2, ustazah2 dan rakan2 agar jangan diharap lagi pada yang takkan pernah sedar. Lapan tahun ku nantikan buah gugur daripada pokok yg tak berbuah, yang aku bajai dan sirami…tetapi bila akhirnya gugur buah yang akhirnya tumbuh setelah 6 tahun menunggu, manusia2 lain pula yang memakannya, membutuhinya, meminta2, dan dibelanjai …tapi bukan aku dan anak2ku!
Aku malas nak jawab SMSnya kali ini.
Nota : Tidak membalas sms sedemikian pun akan dimarahinya aku tanpa hak, sampai sekarang! Bak kata kawanku kelmarin sekadar menjeling sekilas pada hpku tanpa melihat isinya: ” Wah, dia sms bagai! sms ke e-mail tu? sms pun macam e-mail! tak sangka lelaki pun ada yg sms mcm tu, mcm perempuan, ha ha ha “ Kami gelak sakan.
Kelmarin ceritanya begini:
X :”Sy nak ambik *** dan *** skjp ptg ni, nk bawa mkn jap sekali sekala, jam 9 mlm sy hantar pulang.Ujung minggu sy kursus”
Aku, sambil memikirkan *** ada tution malam itu (yg sememangnya memang X tak pernah nak ambil tahu n tak ambik peduli and pura2 tak tahu walau dah berapa kali diberitahu pasal keperluan persekolahan dan pembelajaran ***) :
Aku :”Awak tak tanya pun *** ada apa kan?
X: “Sy ty dgn baik ni, nkn nk mrh,dia bkn duduk dgn sy.Klu xleh hr ni esok ptg. Jgan panjg cerita,sy mls nk gaduh. Sy nk sgt *** dan *** duk dgn sy. DAN SY MENGERTI BETAPA BESARNYA PENGORBANAN SY SIGN SURAT BENARKAN AWAK JAGA. Jika sy sgt mudah benarkan awk jg dn hidup seharian bersama mrk, adakah susah sy dak dptkn sekali sekala?
(Nota : Baca sekali lagi ayat yg aku dah type huruf besar tu…Husb aku punyalah gelak dengan statement dia yg asyik diulang2 tu Raya hari tu pun, mak2 sedara n pak2 sedara aku dan mak aku gelak/hairan/terkilan sakan. kata diaorang : kalau betul nak berkorban, jangan kacau terus kamu dan anak2 dan suami baru kamu tu, korbankan diri, tak payah nak kacau masa/privacy org. kalau setakat bagi jajan tapi duit satu sen pun tak pernah bagi, duit belanja sekolah anak pun tak bagi, duit raya anak pun tak bagi!)
Aku: “Lain kali, kalau blh tylah dulu *** ada apa..lgpun husb sy blk ptg ni bw dia g klinik. dia demam, hr ni tak sekolah. Makan skjp kat MC D boleh kot, no ice”
Aku pulak yg terpaksa berlembut sebab malas nak berbalas sms tak cerdik dengan dia. Dah masak dengan perangai orang yg tak boleh ditegur, yang hanya pentingkan diri dia aje ni…dari dulu sampailah sekarang. Tp sekarang lgi bongkak maklumlah dah ada gaji dan kereta sendiri dah ada master hasil tanggungan aku dan family aku dulu. Bukan nak mengungkit, tapi kalau dah memang tak pernah nak hargai aku dan family aku yg banyak berkorban malah siap aniaya mak ayah aku dan anak2 aku, memang kami tak halalkan satu sen pun hutang dia dengan mak ayah dan kakak aku dan segala pembohongannya pada family dia tentang kami dan tentang hidupnya dengan aku anak beranak (hmmm…dia kena banyak berdoa supaya Tuhan buka kan hati kitaorang untuk halalkan makan minum dia sebelum dia jumpa Tuhan…semoaga dia sempat membayar segala hutang2nya pada kami dan hak anak2ku sebelum itu).
Malam itu *** dan *** balik kepenatan dan sudah tertidur. Si kakak nampak kesedihan dan tak nak bercakap. Aku usapi dia di atas katilnya dan tergerak hati untuk bertanya. Biasanya aku tak rasa pun nak bertanya pergi mana dan buat apa, janji si kakak dan adiknya dihantar pulang dengan selamat.Akhirnya aku diberitahu bahawa dia dan adiknya tak makan pun, tak di bawa pergi Mc D pun, hanya dibawa beli roti. Aku tergamam dan sebak, tapi aku tahan kan air mata ini. Memang aku tak pernah menangis depan *** menangiskan nasib aku sejak dari tempoh2 akhir sehingga perpisahan. Adiknya pula waktu itu hanya berumur 3 bulan…apalah yang si kecil itu tahu. Si kakak yang banyak menanggung beban persoalan pada firasatku. She has been through a lot. Tapi dia amat cerdik dan memahami. Sampai hati…. Rupanya anak2ku dibawa kerumahnya, ibu dan bapa X ada. Ibu dan bapa X tak bercakap sepatah pun dengan si kakak (macam biasa, sejak dulu..aku sedapkan hati aku sendiri : mungkin diorang mmg jenis mcm tu, tak berekspresi and non-communicative kind of people. They never show love, they just show anger towards one another) sepanjang di rumahnya. Kakak dan adik hanya diberi makan biskut raya dan air. Mak mertua X pun ada sekali. Sampai hati diorang…Terlebih lagi sampai hati X. Kakak dah merajuk tak nak makan, balik aje terus tukar baju dan masuk tidur, tak berapa nak bercakap, sampailah suamiku pujuk dan lepas tu dia dah ok dan bergurau sakan dengan Papanya pula. Adiknya? Hmmm…dah zzzz
Kesimpulan yang dah lama aku buat…dari semenjak dulu lagi:-
Biarlah Tuhan yang sedarkan dia tentang tanggungjawab dia, lantaran manusia2 di sekelilingnya mungkin tidak ada yg pernah menegurnya atau menasihatinya sebelum ini dan sehingga kini. Ataupun agaknya mereka semuanya sudah dibohongi berbakul2 olehnya dari dulu sehingga kini.
Sudahnya sampai kini aku masih di ofis, cuak! Plan aku untuk balik awal tergendala kerana benci untuk terserempak dengannya di hadapan rumah aku…rumah yang ada suamiku sebagai tuan rumah di dalamnya pada jam itu!
Macam biasa..waktu orang lain, hidup orang lain, baginya tidak penting…segala yg baik, yg manis, hanya untuk dirinya. Yang nampak hanya keperluan berkenaan dirinya dan perasaannya. Tiada hormat dan empati pada orang lain. Segala tentang dirinya, perasaannya, kesenangannya! Opportunist!
Setelah satu tahun July 9, 2009
Posted by lanamaya in Hari.add a comment
Setahun…cepat sekali masa berlalu. Berbagai jua telah ku lalui. Telah berlaku. Sedang berlaku. Masih tercari2. ‘Healing sessions’…’searching sessions’ silih berganti. Apa yang aku temui sekarang tiada galang gantinya…benarkah sebegitu? Inikah yang aku harapkan? Apakah ini yang terbaik untukku? Apakah aku sepatutnya bisa gapai yang lebih baik? Bila? mungkinkah begitu? Kalau begitu…mengapa hati ini terlalu banyak diuji?? Oh Tuhan… kumohon berikanku jawapan…
Hari Ini July 15, 2008
Posted by lanamaya in Uncategorized.add a comment
Hari ini masih tiada apa-apa. Dulu pun pernah tiada apa-apa selama seminggu. Sungguh kejam! Tidak pernah aku dilayan sebegitu oleh sesiapa pun.
Gusar aku. Semakin aku tidak yakin. Sekali aku disakiti, susah untuk kulupakan, apatah lagi if there’s no effort made. Untuk kesekian kalinya…
Aku tak faham apa yang ada dalam “fikiran” dia. Mungkin aku tiada dalam fikiran dia.
Hari ini orang yang aku kenali di alam maya sudah kukenali di alam suara. Rindu pada “Biiiah solehah” meluap-luap. Tapi tidak mungkin kudapati dan kurasakan lagi di mana-mana…tidak akan wujud diwaktu bila pun! Cemburu aku bila dia masih bisa menjejakkan kaki ke sana dan berjumpa dengan mereka di sana. Amat istimewa. Hanya kami yang tahu…
Semalam July 15, 2008
Posted by lanamaya in Hari.add a comment
Semalam
Aku marah. Dia tak patut. Dia patut tahu apa yang patut dibuat tempohari. Dia juga patut tahu apa yang patut dibuat jika aku marah dan berkecil hati. Tapi dia hanya membungkam! Bisu…
Aku makin geram dan marah. Kata-kata kemaafan? Kata-kata pujukan? TIADA!!
Lalu aku berlalu. Biarkan saja dia di situ. Kerana dia menjadikan dirinya tiada maknanya bagiku pada waktu itu. Serasa yang ada waktu itu hanyalah dinding, batu dan kayu yang menyakitkan hati!
Adakah mereka merasa? Apa yang mereka rasa? July 8, 2008
Posted by lanamaya in Hari.add a comment
Kuarasakan pandanganku berbinar-binar, bersama air jernih yang bergenang dan menitis. Jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi. Benar kata seseorang ; “Kalaupun mereka mengatakan mereka faham apa yang kita lalui, mereka tetap tidak akan merasa apa yang kita rasa.” Benar! Selamanya mereka tidak akan mungkin merasa apa yang aku rasa. Kesedihan, ketakutan, kehinaan, keterkilanan, kekecewaan, kebencian, marah dan sakit hati yang melata. Namun aku tetap gembira (atau nampak gembira?) seolah-olah tiada apa yang pernah berlaku. Benar! Banyak waktu dan ketika dalam siangku dan malamku yang aku benar2 lupa dan tidak langsung terfikir mahupun berfikir. Aku hanya meneruskan. Benar! Aku hanya meneruskan hidupku. Itu saja yang mampu aku fikir dan buat. Demi mereka berdua.
Benar! Tidak kutahu apa yang ada dalam sanubari mereka berdua, terutamanya yang lebih cerdik di antara keduanya. Lantaran itu aku jadi terlalu takut! Takut dengan apa yang akan terjadi pada hidup mereka, masa depan mereka, dunia mereka, akhirat mereka. Hanya itu saja yang aku fikirkan. Hanya itu saja. Bagiku sudah tiada bezanya aku ada atau aku tiada. Sudah tiada bezanya untuk diriku. Yang membezakan hanya; apa yang akan jadi pada mereka. Itu sahaja garisan pembeza; apa yang akan jadi pada mereka jika aku tiada.
Tuhan..berilah mereka mengerti. Jadikanlah mereka menerima dengan rasa terbuka apa yang berlaku. Tanpa rasa benci. Tanpa rasa marah. Tanpa rasa janggal. Tanpa rasa rendah diri. Kerana aku sungguh adalah seorang yang amat mudah menerima apa jua keadaan. Kuharao mereka pun begitu jua. Sentiasa berlapang dada (walaupun mulut terkadang mengomel, namun apabila diluah, maka hilanglah dan lupalah segalanya..lepas, puas, lalu lupa) My forgetfullnes is indeed a blessing! Aku selalu lupa pada apa yang berlaku, tak kira betapa berat, getir dan menyesak dada. Aku juga selalu lupa pada apa yang pernah orang buat padaku. Aku mudah lupa. Hanya saja aku berharap mereka tidak akan sekali-kali lupa pada perbuatan jahat mereka terhadapku. Kerana kalau mereka mencari aku di padang mahsyar kelak untuk mohon ampun, aku sudah tidak mampu lagi melayannya kerana aku sendiri sudah pasti hanya akan memikirkan nasibku pada ketika itu!
Dia? Dia nampaknya tergolong dalam kalangan orang yang tidak pernah sedar kesalahan dan kelemahannya. Dia masih bisa berlagak seolah-olah tiada salahnya dia padaku, dan pada belahan jiwaku yang kecil-kecil itu. Dia masih buta. Dia yang sentiasa kurang rasa malunya (atau tak tahu malu?).
Aku? Aku yang sentiasa meletakkan diri dalam rasa bersalah yang amat, meskipun seringkali bukan salahku. Dalam keadaan apa pun. Dengan sesiapapun. I’m a creature of guilt. Ternyata ianya amat memakan perasaanku, dan membuatkan orang yang suka menganiaya, lagi-lagi merasakn dirinya betul walaupun mereka tidak selalunya betul!
Ubat memujuk hatiku adalah (maksud) hadis-hadis ini :-
“Barangsiapa yang meninggalkan perbalahan walaupun dirinya berada di pihak yang benar, maka Allah akan menyediakan baginya sebuah gedung di syurga”
“Sejahat-jahat manusia ialah mereka-mereka yang mana orang lain merasa takut (tidak senang) kepada mereka akan perkataannya”
Apa yang berlaku? June 12, 2008
Posted by lanamaya in Hari.add a comment
Bila ada yang bertanya : Apa yang berlaku? Betul ke? Aku tanya balik dia : Apa yang berlaku?
Lalu mereka berkata yang berbunyi sekira-kiranya begini: “saya dengar kamu begini begitu siapa begini begitu telah berlaku begini begitu orang kata ini itu apa dia apa yang kamu buat apa yang orang tu buat siapa dia betul kah apa yang saya dengar itu mengapa jadi begitu bila jadi begitu dan segalanya tentang kamu (dan orang-orang lain yang dikaitkan yang belum tentu ada kaitan dengan yang hidup atau yang mati?) dan saya dengar orang ‘besar’ itu ‘baik’ dengan kamu?
Aku dalam hati : Ha?? Apa?? Ki ki ki ki ki ki ki ki ki ki ki ki ki ki ki (sob sob sob sob sob sob sob sedih kenapa itu yang diperkatakan orang. Betul pun salah,salah pun betul. Betul pun baik, tak betul pun baik. Betul pun bahaya,tak betul pun bahaya)
Lalu aku berkata yang sekira-kiranya berbunyi begini : “apa yang kamu dengar ada yang saya tak dengar dan ada juga yang saya dengar tapi saya tak ada buat apa-apa dan saya tak kata apa-apa tapi orang yang mengata dan bercerita dan menyampai berita tentang saya (dan orang-orang lain yang dikaitkan dengan aku yang memang aku tahu masih hidup dan belum mati) dan saya pun tak boleh buat apa-apa (hanya sedih bercampur geram sakit hati dengan orang sambil nak tergelak kerana tak ada apa-apa yang nak diceritakan dan dikatakan kerana aku pun tak tahu macamana dan aku pun tak tau dengan pasti apa yang akan berlaku selepas ini dan aku tak tahu siapa yang sampaikan cerita dan untuk apa) dan saya pun malas nak fikir apa orang kata (walaupun siapa yang tak peduli? dan aku biarkan saja dan mencuba untuk berhati-hati walaupun aku tak boleh halang mulut orang untuk berkata dan bercerita apa-apa) so “no comment” and i give you the benefit of the doubt”
Lalu orang itu berkata : Ha?? So it’s neither yes or no?
Aku berkata : Kamu tanyalah orang yang bercerita atau bertanya-tanya kepada kamu itu. Saya agak dia tahu
“Uwaaa………!!!!!” Orang itu berteriak kekecewaan!
Aku?
Aku dah tak ada apa yang hendak dirasa. Dan dikata.
Anggaplah sahaja aku dah tak rasa apa-apa. Numb.
Protected: Naif June 9, 2008
Posted by lanamaya in Menggapai Impian.Tags: Add new tag
Enter your password to view comments.
Bertanya Pada Hati atau..Hati Yang Bertanya? May 29, 2008
Posted by lanamaya in Hari.add a comment
Semalam adalah hari yang memenatkan. Hari ini pun. Tubuh terasa lemah tak bermaya. Otak bagaikan beku (atau malas berfungsi?). Serasa diri ini keliru dengan apa yang akan berlaku dalam hidupku. Juga aku keliru dengan hati sendiri. Namun, adakah pilihan terletak di tanganku? Lalu tiba-tiba aku sms K Hajar begini : “Saya sedang belajar lupakan …”
Boss tiada bila aku sampai di HQ pukul 1.55. PA Dato’ menunjukkan gambarnya di Mekah sambil mengimbau kenangan pengalaman di sana. Entah mengapa sejak beberapa bulan lepas hati bagai tergerak untuk ke sana. Teringat Jumaat minggu lepas airmataku tiba-tiba mengalir sejurus dia menyebut perkataan “tawakal” bila menceritakan pengalamannya bertawaf, lalu aku buru-buru ke bilik air dengan air mata yang tiba-tiba bercucuran. Pernah juga dua minggu lepas aku cadangkan pada K Hajar untuk bercuti bersama-sama ke mana-mana dengan bajet yang rendah. Escapismkah ini? From my predicament in life? From this uncertainty of life? Dari rasa hati yang kecamuk ini? Entahlah..yang pasti minggu lepas adalah antara periode-periode suram dan keliru yang kulalui dalam hidup ini. Tega dia berbuat begitu..
Seiring pengataan K Hajar bahawa hatiku sudah hancur dan luluh hilang harap, seiring itulah juga kata En M bahawa bagi apa jua situasi, wanita yang paling harus bijak mainkan peranan. Oh, “male chauvinistic”kah statement itu..? Mungkin ada benarnya tapi tidak adil untuk meletakkan segala tanggungjawab mengemudi situasi dan perasaan pada wanita sahaja, kerana jika begitu, wanitalah juga yang akan disalahkan apabila suasana yang didambakan tidak berhasil (siapakah yang menentukan keberhasilan suatu situasi, dan kayu ukuran apa yang digunakan anyway..?) . Apakah lelaki hanya mengendali perkara2 berbentuk material sahaja, seolah2 lupa bahawa nafkah adalah juga termasuk dari segi memberi ketenangan emosi, serta rasa ‘secure’ kepada pasangan? Namun, statement yang bagus untuk kuingati (daripada seorang lelaki). Mana tahu, mungkin boleh diadaptasi dengan jayanya? ;p
Meskipun semalam aku berkata “Saya sedang belajar lupakan …”. Hari ini aku masih lagi ingat berfikir. Antara harapan seseorang dan harap seseorang, mana satukah hati berkata?