jump to navigation

Bertanya Pada Hati atau..Hati Yang Bertanya? May 29, 2008

Posted by lanamaya in Hari.
add a comment

Semalam adalah hari yang memenatkan. Hari ini pun. Tubuh terasa lemah tak bermaya.  Otak bagaikan beku (atau malas berfungsi?). Serasa diri ini keliru dengan apa yang akan berlaku dalam hidupku.  Juga aku keliru dengan hati sendiri. Namun, adakah pilihan terletak di tanganku? Lalu tiba-tiba aku sms K Hajar  begini : “Saya sedang belajar lupakan …”

Boss tiada bila aku sampai di HQ pukul 1.55. PA Dato’ menunjukkan gambarnya di Mekah sambil mengimbau kenangan pengalaman di sana. Entah mengapa sejak beberapa bulan lepas hati bagai tergerak untuk ke sana. Teringat Jumaat minggu lepas airmataku tiba-tiba mengalir sejurus dia menyebut perkataan “tawakal” bila menceritakan pengalamannya bertawaf, lalu aku buru-buru ke bilik air dengan air mata yang tiba-tiba bercucuran. Pernah juga dua minggu lepas aku cadangkan pada K Hajar untuk bercuti bersama-sama ke mana-mana dengan bajet yang rendah.  Escapismkah ini?  From my predicament in life? From this uncertainty of life? Dari rasa hati yang kecamuk ini? Entahlah..yang pasti minggu lepas adalah antara periode-periode suram dan keliru yang kulalui dalam hidup ini.  Tega dia berbuat begitu..

Seiring pengataan K Hajar bahawa hatiku sudah hancur dan luluh hilang harap, seiring itulah juga kata En M bahawa bagi apa jua situasi, wanita yang paling harus bijak mainkan peranan.  Oh, “male chauvinistic”kah statement itu..? Mungkin ada benarnya tapi tidak adil untuk meletakkan segala tanggungjawab mengemudi situasi dan perasaan pada wanita sahaja, kerana jika begitu, wanitalah juga yang akan disalahkan apabila suasana yang didambakan tidak berhasil (siapakah yang menentukan keberhasilan suatu situasi, dan kayu ukuran apa yang digunakan anyway..?) . Apakah lelaki hanya mengendali perkara2 berbentuk material sahaja, seolah2 lupa bahawa nafkah adalah juga termasuk dari segi memberi ketenangan emosi, serta rasa ’secure’ kepada pasangan? Namun, statement yang bagus untuk kuingati (daripada seorang lelaki).  Mana tahu, mungkin boleh diadaptasi dengan jayanya? ;p

Meskipun semalam aku berkata “Saya sedang belajar lupakan …”.  Hari ini aku masih lagi ingat berfikir.  Antara harapan seseorang dan harap seseorang, mana satukah hati berkata?