Apa yang berlaku? June 12, 2008
Posted by lanamaya in Hari.add a comment
Bila ada yang bertanya : Apa yang berlaku? Betul ke? Aku tanya balik dia : Apa yang berlaku?
Lalu mereka berkata yang berbunyi sekira-kiranya begini: “saya dengar kamu begini begitu siapa begini begitu telah berlaku begini begitu orang kata ini itu apa dia apa yang kamu buat apa yang orang tu buat siapa dia betul kah apa yang saya dengar itu mengapa jadi begitu bila jadi begitu dan segalanya tentang kamu (dan orang-orang lain yang dikaitkan yang belum tentu ada kaitan dengan yang hidup atau yang mati?) dan saya dengar orang ‘besar’ itu ‘baik’ dengan kamu?
Aku dalam hati : Ha?? Apa?? Ki ki ki ki ki ki ki ki ki ki ki ki ki ki ki (sob sob sob sob sob sob sob sedih kenapa itu yang diperkatakan orang. Betul pun salah,salah pun betul. Betul pun baik, tak betul pun baik. Betul pun bahaya,tak betul pun bahaya)
Lalu aku berkata yang sekira-kiranya berbunyi begini : “apa yang kamu dengar ada yang saya tak dengar dan ada juga yang saya dengar tapi saya tak ada buat apa-apa dan saya tak kata apa-apa tapi orang yang mengata dan bercerita dan menyampai berita tentang saya (dan orang-orang lain yang dikaitkan dengan aku yang memang aku tahu masih hidup dan belum mati) dan saya pun tak boleh buat apa-apa (hanya sedih bercampur geram sakit hati dengan orang sambil nak tergelak kerana tak ada apa-apa yang nak diceritakan dan dikatakan kerana aku pun tak tahu macamana dan aku pun tak tau dengan pasti apa yang akan berlaku selepas ini dan aku tak tahu siapa yang sampaikan cerita dan untuk apa) dan saya pun malas nak fikir apa orang kata (walaupun siapa yang tak peduli? dan aku biarkan saja dan mencuba untuk berhati-hati walaupun aku tak boleh halang mulut orang untuk berkata dan bercerita apa-apa) so “no comment” and i give you the benefit of the doubt”
Lalu orang itu berkata : Ha?? So it’s neither yes or no?
Aku berkata : Kamu tanyalah orang yang bercerita atau bertanya-tanya kepada kamu itu. Saya agak dia tahu
“Uwaaa………!!!!!” Orang itu berteriak kekecewaan!
Aku?
Aku dah tak ada apa yang hendak dirasa. Dan dikata.
Anggaplah sahaja aku dah tak rasa apa-apa. Numb.
Protected: Naif June 9, 2008
Posted by lanamaya in Menggapai Impian.Tags: Add new tag
Enter your password to view comments