jump to navigation

Adakah mereka merasa? Apa yang mereka rasa? July 8, 2008

Posted by lanamaya in Hari.
trackback

Kuarasakan pandanganku berbinar-binar, bersama air jernih yang bergenang dan menitis. Jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi. Benar kata seseorang ; “Kalaupun mereka mengatakan mereka faham apa yang kita lalui, mereka tetap tidak akan merasa apa yang kita rasa.” Benar! Selamanya mereka tidak akan mungkin merasa apa yang aku rasa. Kesedihan, ketakutan, kehinaan, keterkilanan, kekecewaan, kebencian, marah dan sakit hati yang melata. Namun aku tetap gembira (atau nampak gembira?) seolah-olah tiada apa yang pernah berlaku. Benar! Banyak waktu dan ketika dalam siangku dan malamku yang aku benar2 lupa dan tidak langsung terfikir mahupun berfikir. Aku hanya meneruskan. Benar! Aku hanya meneruskan hidupku. Itu saja yang mampu aku fikir dan buat. Demi mereka berdua.

Benar! Tidak kutahu apa yang ada dalam sanubari mereka berdua, terutamanya yang lebih cerdik di antara keduanya. Lantaran itu aku jadi terlalu takut! Takut dengan apa yang akan terjadi pada hidup mereka, masa depan mereka, dunia mereka, akhirat mereka. Hanya itu saja yang aku fikirkan. Hanya itu saja. Bagiku sudah tiada bezanya aku ada atau aku tiada. Sudah tiada bezanya untuk diriku. Yang membezakan hanya; apa yang akan jadi pada mereka. Itu sahaja garisan pembeza; apa yang akan jadi pada mereka jika aku tiada.

Tuhan..berilah mereka mengerti. Jadikanlah mereka menerima dengan rasa terbuka apa yang berlaku. Tanpa rasa benci. Tanpa rasa marah. Tanpa rasa janggal. Tanpa rasa rendah diri. Kerana aku sungguh adalah seorang yang amat mudah menerima apa jua keadaan. Kuharao mereka pun begitu jua. Sentiasa berlapang dada (walaupun mulut terkadang mengomel, namun apabila diluah, maka hilanglah dan lupalah segalanya..lepas, puas, lalu lupa) My forgetfullnes is indeed a blessing! Aku selalu lupa pada apa yang berlaku, tak kira betapa berat, getir dan menyesak dada. Aku juga selalu lupa pada apa yang pernah orang buat padaku. Aku mudah lupa. Hanya saja aku berharap mereka tidak akan sekali-kali lupa pada perbuatan jahat mereka terhadapku. Kerana kalau mereka mencari aku di padang mahsyar kelak untuk mohon ampun, aku sudah tidak mampu lagi melayannya kerana aku sendiri sudah pasti hanya akan memikirkan nasibku pada ketika itu!

Dia? Dia nampaknya tergolong dalam kalangan orang yang tidak pernah sedar kesalahan dan kelemahannya. Dia masih bisa berlagak seolah-olah tiada salahnya dia padaku, dan pada belahan jiwaku yang kecil-kecil itu. Dia masih buta. Dia yang sentiasa kurang rasa malunya (atau tak tahu malu?).

Aku? Aku yang sentiasa meletakkan diri dalam rasa bersalah yang amat, meskipun seringkali bukan salahku. Dalam keadaan apa pun. Dengan sesiapapun. I’m a creature of guilt. Ternyata ianya amat memakan perasaanku, dan membuatkan orang yang suka menganiaya, lagi-lagi merasakn dirinya betul walaupun mereka tidak selalunya betul!

Ubat memujuk hatiku adalah (maksud) hadis-hadis ini :-

“Barangsiapa yang meninggalkan perbalahan walaupun dirinya berada di pihak yang benar, maka Allah akan menyediakan baginya sebuah gedung di syurga”

“Sejahat-jahat manusia ialah mereka-mereka yang mana orang lain merasa takut (tidak senang) kepada mereka akan perkataannya”

Comments»

No comments yet — be the first.