jump to navigation

Pengorbanan katanya? October 15, 2009

Posted by lanamaya in Hari.
add a comment

Hari ini ,6.18 p.m tadi :

SMS  X : “Sy g hantar susu, milo, roti, syampoo budk2 6.30 pth ni.tq”

Nota : Sila lihat timing dia.  Bayangkan pada masa itu aku sedang dalam perjalanan balik ke rumah yg jarang sekali bole balik sebelum pukul tujuh dan bermain2 dengan anak2 di padang hadapan rumah yg memang aku amat nantika kesempatan yg teramat jarang2 itu.   Apa perasaan ku bila sampai aje tiba2 ada X dan yg seorang lagi tu kat depan rumah ? Amat tak convenient!  Dah berapa kali aku tegur, nak buat apa2 plan dulu, prompt aku lebih awal dulu, jangan tiba2 muncul depam rumah aku.

Jajan sahaja? Uwang pun perlu! bak kata seseorang, buat apa diharapkan kalau dari dulu memang tidak pernah diberi nafkah, memang aku yang menanggung segala selama lapan tahun!

Sabar? Kerana sabarlah aku menzalimi diri sendiri daripada mendapat hak ku, sehinggalah dinasihati oleh ustaz2, ustazah2 dan rakan2 agar jangan diharap lagi pada yang takkan pernah sedar.  Lapan tahun ku nantikan buah gugur daripada pokok yg tak berbuah, yang aku bajai dan sirami…tetapi bila akhirnya gugur buah yang akhirnya tumbuh setelah 6 tahun menunggu,  manusia2 lain pula yang memakannya, membutuhinya, meminta2, dan dibelanjai …tapi bukan aku dan anak2ku!

Aku malas nak jawab SMSnya kali ini.

Nota : Tidak membalas sms sedemikian pun akan dimarahinya aku tanpa hak, sampai sekarang! Bak kata kawanku kelmarin sekadar menjeling sekilas pada hpku tanpa melihat isinya: ” Wah, dia sms bagai! sms ke e-mail tu? sms pun macam e-mail! tak sangka lelaki pun ada yg sms mcm tu, mcm perempuan, ha ha ha “  Kami gelak sakan.

Kelmarin ceritanya begini:

X :”Sy nak ambik *** dan *** skjp ptg ni, nk bawa mkn jap sekali sekala, jam 9 mlm sy hantar pulang.Ujung minggu sy kursus”

Aku, sambil memikirkan *** ada tution malam itu (yg sememangnya memang X tak pernah nak ambil tahu n tak ambik peduli and pura2 tak tahu walau dah berapa kali diberitahu pasal keperluan persekolahan dan pembelajaran ***) :

Aku :”Awak tak tanya pun *** ada apa kan?

X: “Sy ty dgn baik ni, nkn nk mrh,dia bkn duduk dgn sy.Klu xleh hr ni esok ptg. Jgan panjg cerita,sy mls nk gaduh. Sy nk sgt *** dan *** duk dgn sy. DAN SY MENGERTI BETAPA BESARNYA PENGORBANAN SY SIGN SURAT BENARKAN AWAK JAGA. Jika sy sgt mudah benarkan awk jg dn hidup seharian bersama mrk, adakah susah sy dak dptkn sekali sekala?

(Nota : Baca sekali lagi ayat yg aku dah type huruf besar tu…Husb aku punyalah gelak dengan statement dia yg asyik diulang2 tu  Raya hari tu pun, mak2 sedara n pak2 sedara aku dan mak aku gelak/hairan/terkilan sakan. kata diaorang : kalau betul nak berkorban, jangan kacau terus kamu dan anak2 dan suami baru kamu tu, korbankan diri, tak payah nak kacau masa/privacy org. kalau setakat bagi jajan tapi duit satu sen pun tak pernah bagi, duit belanja sekolah anak pun tak bagi, duit  raya anak pun tak bagi!)

Aku: “Lain kali, kalau blh tylah dulu *** ada apa..lgpun husb sy blk ptg ni bw dia g klinik. dia demam, hr ni tak sekolah. Makan skjp kat MC D boleh kot, no ice”

Aku pulak yg terpaksa berlembut sebab malas nak berbalas sms tak cerdik dengan dia. Dah masak dengan perangai orang yg tak boleh ditegur, yang hanya pentingkan diri dia aje ni…dari dulu sampailah sekarang.  Tp sekarang lgi bongkak maklumlah dah ada gaji dan kereta sendiri dah ada master hasil tanggungan aku dan family aku dulu.  Bukan nak mengungkit, tapi kalau dah memang tak pernah nak hargai aku dan family aku yg banyak berkorban malah  siap aniaya mak ayah aku dan anak2 aku, memang kami tak halalkan satu sen pun hutang dia dengan mak ayah dan kakak aku dan segala pembohongannya pada family dia tentang kami dan tentang hidupnya dengan aku anak beranak (hmmm…dia kena banyak berdoa supaya Tuhan buka kan hati kitaorang untuk halalkan makan minum dia sebelum dia jumpa Tuhan…semoaga dia sempat membayar segala hutang2nya pada kami dan hak anak2ku sebelum itu).

Malam itu *** dan *** balik kepenatan dan sudah tertidur.  Si kakak nampak kesedihan dan tak nak bercakap.  Aku usapi dia di atas katilnya dan tergerak hati untuk bertanya.  Biasanya aku tak rasa pun nak bertanya pergi mana dan buat apa, janji si kakak dan adiknya dihantar pulang dengan selamat.Akhirnya aku diberitahu bahawa dia dan adiknya tak makan pun, tak di bawa pergi Mc D pun, hanya dibawa beli roti.  Aku tergamam dan sebak, tapi aku tahan kan air mata ini.  Memang aku tak pernah menangis depan *** menangiskan nasib aku sejak dari tempoh2  akhir sehingga perpisahan. Adiknya pula waktu itu hanya berumur 3 bulan…apalah yang si kecil itu tahu.   Si kakak yang banyak menanggung beban persoalan pada firasatku.  She has been through a lot. Tapi dia amat cerdik dan memahami.  Sampai hati….  Rupanya anak2ku dibawa kerumahnya, ibu dan bapa X ada.  Ibu dan bapa X tak bercakap sepatah pun dengan si kakak (macam biasa, sejak dulu..aku sedapkan hati aku sendiri : mungkin diorang mmg jenis mcm tu, tak berekspresi and non-communicative kind of people.  They never show love, they just show anger towards one another) sepanjang di rumahnya.  Kakak dan adik hanya diberi makan biskut raya dan air.  Mak mertua X pun ada sekali. Sampai hati diorang…Terlebih lagi sampai hati X. Kakak dah merajuk tak nak makan, balik aje terus tukar baju dan masuk tidur, tak berapa nak bercakap, sampailah suamiku pujuk dan lepas tu dia dah ok dan bergurau sakan dengan Papanya pula.  Adiknya? Hmmm…dah zzzz

Kesimpulan yang dah lama aku buat…dari semenjak dulu lagi:-

Biarlah Tuhan yang sedarkan dia tentang tanggungjawab dia, lantaran manusia2 di sekelilingnya mungkin tidak ada yg pernah menegurnya atau menasihatinya sebelum ini dan sehingga kini. Ataupun agaknya mereka semuanya sudah dibohongi berbakul2 olehnya dari dulu sehingga kini.

Sudahnya sampai kini aku masih di ofis, cuak! Plan aku untuk balik awal tergendala kerana benci untuk terserempak dengannya di hadapan rumah aku…rumah yang ada suamiku sebagai tuan rumah di dalamnya pada jam itu!

Macam biasa..waktu orang lain, hidup orang lain, baginya tidak penting…segala yg baik, yg manis, hanya untuk dirinya. Yang nampak hanya keperluan berkenaan dirinya dan perasaannya. Tiada hormat dan empati pada orang lain. Segala tentang dirinya, perasaannya, kesenangannya! Opportunist!